m e m o r y
about stuffs chats home twitter instagram


1 2 3 ! Time To Love
Monday, 31 December 2012 | 20:56 | 0 comments



Untuk lagu . Lagu Juniel ni sesuai . Btw Sorry panjang ^^ Nama tuh aku main amik je :p


“Aku tak kira ! Kau ganti balik ! Kau tahu berapa harga baju ni ? Dah buat salah tak nak tanggung.” 

“Aku tak nak la ! Kau tu jalan mata tengok awek ! Itu salah kau ! Aku tak ada kena mengena!”

“Berani eh kau tinggikan suara dekat aku ? Kau kenal tak aku ni siapa ?!”

“Kenal . Daniel Hakim yang bajet hot dengan budak lelaki yang suka sakitkan hati perempuan tu kan ? Apa lah bodoh sangat perempuan yang nak jadi girlfriend
kau tu kan ?”

“Heyy ! Kurang ajar perempuan ni ! Dah la nerd . Pakai cermin mata besar , baju pasar malam . Eeee geli aku ! Ada lagi ke orang sekarang pakai macam kau ?”

Papp

Tamparan hingap tepat pada muka Daniel . Semua yang ada di kantin melihat kejadian tersebut . Sakit hati aku dengar setiap patah perkataan yang dikeluarkan dari dua ulas bibir manusia yang bernama Daniel Hakim .

“Aku benci kau Daniel !”

                                                  +++++++++

“Apa dah jadi dengan kau ni ? Gila ke ? Kau tahu tak dia tu senior ? Kau tahu tak dia tu anak Tan Sri Zakaria yang selalu taja U ni ? Kenapa kau tampar si Daniel tu ?”

“Hish ! Kau ni bising la Tikah ! Kau tu tahu pot pet pot pet je ! Cuba kau jadi aku sekarang ni ! Sakit hati tahu tak ! Suka hati dia je nak malukan aku depan orang ramai , padahal benda kecil je . Apa ? Kalau dia anak Tan Sri aku kena layan dia baik la ? Huh .”

 Keluhan berat dilepaskan . Pen yang kini diepegang dicampaknya di atas meja kayu . Pening ! Pening memikirkan tetang Daniel . Mesti sekarang ramai kutuk aku .

“Itu bukan bebel ! Aku bagi nasihat je . Satu U ni kenal si Daniel tu , sekali cari nahas memang dia tak akan biarkan orang tu hidup senang”

“Aku tak takut dengan orang macam dia !”

                                                +++++++++

Iphone yang tadi dipegang erat kini dicampaknya di dinding . Ahhhhh , siapa dia ni ? tak habis-habis nak kacau aku . Tak ada kerja betul . Kini Iphone itu diambil dan dilihat semula mesej-mesej yang masuk .

‘I love you sayang . Please be mine’

‘Aku tak kira kau kena jadi bf aku !’
‘Kenapa tak balas ?’

Please love me back

‘Nahas kau kalau kau tolak aku’

‘I tak akan berhenti selagi you tak ada kekasih’

Dan pelbagai lagi mesej-mesej yang masuk di inbox . Stress betul . Mana stalker  ni  dapat nombor telefon aku ? Kenapa dia nak kacau aku ? Keluhan kecil dilepaskan .

                                             +++++++++

“Apa perempuan tu nak ?” Tanya Izzat sambil menghirup minuman yang dibelinya tadi .

“Dia nak aku jadi bf dia”

“Kau kenal tak dia ?”

“Tak”

“Sejak bila dia kacau kau ?”

“Tiga minggu lepas . Setiap malam dia mesej aku .”

“Dia kata selagi aku tak ada gf selagi tu dia kacau aku” Sambungku lagi .

“Cari lah gf . Apa susah .”

“Aku tak nak la kapel ni . Malas . Penat . Menyusahkan . Dah la semua gedik-gedik”

“Cari la yang tak gedik .”

“Kau ni cakap memang tak pakai otak kan ? Aku malas nak takle yang baik-baik . Menyusahkan je . Ingat senang orang macam aku ni nak takle budak baik ?”

“Tak payah takle . Senang-senang kau buat je kapel kontrak dengan kau kan senang . Duit kau kan banyak .”

“Hmm . Tapi aku nak kapel dengan siapa?”

“Dengan Elisya ? Budak perempuan yang berani tampar kau tu” Di hujung ayatnya bunyi gelak tawa . Gila betul idea Izzat ni . Macam tak ada perempuan lain .

“Sebab apa aku kena kapel dengan Elisya . Tak masuk akal . Dia dah lah nerd , tak pandai fashion . Geli aku”

Izzat yang tadi bersandar di kerusi kini telah mengubah posisinya secara duduk tegak .

“Sebab … Ntah aku pun tak tahu” Ayat bodoh itu keluar di dua ulas bibir Izzat .

“Tapi dia nak ke ?”

“Mana aku tahu . Tapi ni la kesempatan kau nak balas dendam dekat Elisya . Kau selitlah dekat kontrak tu untuk dia dengar semua arahan kau . Jadi pujuk lah dia sampai dia nak .”

“Ha ah la ! Pandai kau Izzat !” Kata-kata Izzat memberikan aku idea . Kau tunggu kau Elisya . Main-main dengan api ya !

                                          +++++++++

“Elisya aku minta maaf . Tapi please kali ni je . Soal duit jangan risau”

“Aku tak nak ! Tak nak ! Tak nakkkk !” Mesti  ni idea gila dia untuk balas dendam dekat aku . Kau tak boleh terima kontrak tu Elisya . Walaupun dia bagi duit tu dalam jumlah yang banyak sekali pun .

“Elisyaaa . Please , lagipun kau mesti tengah tak ada duit sekarang ni kan ?”

“Itu bukan urusan kau la ! Lagipun kenapa aku ? Macam tak ada perempuan lain”

“Sebab aku tak nak buat kontrak dengan perempuan lain . Nanti diaorang fikir lain . Ala Elisya ini fake je laaa . Please ?”

Ahhh . Hensemnya dia buat muka terdesak macam tu . Oh ! Tak ! Elisya come on . Cuba kalau muka dia masa marah . Erghh sakit hati aku rasa nak simbah air panas je bagi melecur .

“Ye laa . Aku terima”

Tak tahu kenapa ayat itu dilontarkan . Ahhh apa aku buat ni ? Bibir bawah ku digigit . Aku memang cari masalah betul la .

“Thank Elisya ! Esok pagi jumpa aku . Aku nak bagi kau sesuatu”

“Huh ? Ok”

                                               +++++++++

Kontrak ‘Fake Couple’

  1. Tak boleh berjauhan dengan aku selagi stalker tak kacau aku .
  2. Kena dengar semua arahan aku
  3. Kalau orang tanya kenapa kau jadi gf aku . Jangan jawab
  4. Sebelum balik jumpa aku
  5. Jangan tinggikan suara dekat aku
  6. Pergi sekolah dengan aku
  7. Kalau aku ajak kau pergi mana-mana kau kena ikut

Jika melanggar syarat-syarat yang diberikan wang tidak akan diberikan

“What ? Apa ni ? Baru fake couple dah nak kena syarat-syarat bagai kenapa aku kena dengar arahan kau ? Kenapa tak boleh tinggikan suara dekat kau ? Itu tak ada kena mengena !”

“So . Kau nak aku buat apa ?”

“Aku tak nak buat fake couple  dengan kau . Bye”

“Kau mesti nak tengah guna duit kan sekarang ? Kenapa tak buat je ? Macam la susah sangat jadi fake gf aku .”

Langkah kakiku mati . Hasrat ingin menjauhkan diri daripada Daniel terbantut . Ya . Aku kena guna duit banyak , aku bukan orang senang . Yuran sekolah ni pun tak mungkin aku dapat bayar .

 Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskan perlahan-lahan . Kepala dan bandaku dipusingkan menghadap Daniel .

“Okey aku terima .” Acuh tak acuh sahaja ayat itu diungkap .

“Good .” Daniel tersenyum . Sinis sekali senyumannya . Dari senyuman aku sudah mendapat baca apa yang ada didalam benak fikirannya .

Tangan Daniel kini memegang tanganku . Dahiku dikerut seribu . Daniel ?
Daniel membuka langkah untuk pergi .

“Asal pegang tangan aku ?”

“Suka hati aku la”

“Hey ! Kau tak ada hak nak main pegang-pegang je aku ni !”

“Kau tinggikan suara dengan aku ?”

Mukaku ditundukkan . Huh . Aku ni fake gf ke kuli ? Jaga kau Daniel !

“Maaf . Sebab tinggikan suara tadi .”

“Macam tu la . Dah jum pergi .”

“Lagipun kita kan fake couple . Apa masalahnya berlakon mesra .” Sambung Daniel lagi .

“Apa-apa je la”

                                           +++++++++

Semua yang berada di pintu masuk universiti itu memadang kami . Pelik mungkin ? Pelik melihat aku budak nerd dengan Daniel Hakim . 

“Act mesra je” Ayat itu dibisikkan di telingaku . Rapat . Tak tahu kenapa aku rasa ada kelainan apabila disisi Daniel . Huh . Gila ! Aku tak boleh suka dekat dia !

“Nak buat macam mana ?”

“Kau ni tak pandai berlakon betul la .” Kata Daniel sambil mengambil tempat duduk di kerusi yang tersedia ada di café ini . Tangannya yang dari tadi memegang erat tanganku telah pun dileraikan .

“Yo ! Daniel !”

Satu suara dari belakang menyeru Daniel . Mesti kawan Daniel . Izzat mengambil tempat duduk di sebelahku dan yang lain duduk mengelilingi Daniel .

“Awek baru ?”

“Eh ni bukan ke perempuan yang tampar kau ?”

Pelbagai soalan ditanya . Masing-masing memadang tepat ke arahku . Janggal pula rasanya .

“Err . Korang semua borak la dulu . Bye aku nak pergi” Cepat aku bagun dari kerusi tak nak ada kaitan dengan mana-mana soalan . Biarlah Daniel seorang sahaja yang menjawab .

“Elisya !” Panggil Izzat .

“Ye ?”

“Ni awak punya ke ?” Tanya Izzat sambil menunjukkan keychain teddybear di atas tapak tangannya .

“Oh . Thank Izzat . Nasib tak jatuh tadi” Senyuman dilemparkan kepada Izzat . Izzat turut membalas senyuman tersebut .

                                            +++++++++

“Wei serius ke kau jadi girlfriend Daniel sekarang ? Satu U cerita pasal korang datang sekolah sama-sama semalam .” Tanya Atikah .

“Ya .”

“Untungnya kau . Tapi pelik kan . Lepas kau tampar dia macam mana pula boleh kapel ?”

“Ntahh .”

“Best tak kapel dengan dia ?”

“Tak ! Hish kau nih banyak tanya la . Aku penat . Bye aku nak masuk kelas .”

“Aku tanya je la . Ye la . Jom .”

Huh . Atikah ni suka sangat tanya banyak soalan . Dah lah aku penat semalaman tak tidur sebab kena buli dengan Daniel buat assignment dia . Aku dah agak dah mesti Daniel ada hasrat nak balas dendam . Ngomelku sendirian .

                                         +++++++++


Pintu kereta dibuka untukku . Semakin hari semakin lain layanan Daniel terhadapku . Walaupun begitu aku masih tidak boleh mempercayakan Daniel 100%

“Daniel awak tak perlulah buat semua ni . Datang rumah saya , bukakan pintu . Macam lah saya tak boleh buat semua benda tu”

“Ini kan dalam kontrak , pergi sekolah dengan saya .”

“Tapi kita bukan nak pergi sekolah .”

Kini pengunaan bahasa kami berubah dari ‘kau’ dan ‘aku’ ditukar kepada ‘awak’ dan ‘saya’ Tak tahu kenapa aku hanya akur dengan Daniel . Dia mengacam aku untuk membahasakan diri sebagai ‘saya’ jika tidak duit tidak diberikan . Huh .

“Sekali sekala . Apa salahnya saya ajak girlfriend saya pergi jalan-jalan . ” Di hujung ayat bunyi gelak tawa Daniel .

“Fake ! Ok .”

“Kalau satu hari nanti awak jadi real girlfriend saya pun tak mustahil bukan ?”

Aku terkedu . Ayat tu … Dia  maksudkan ke ? Tak mungkin . Aku tak nak jadi girlfriend dia yang bodoh . Kalau aku jadi girlfriend dia nanti mesti aku akan jadi mangsa seterusnya yang ditinggalkan . Tak nak !

Cepat-cepat aku masuk ke dalam perut kereta . Tidak mahu Daniel terus menanya apa-apa jenis soalan ataupun kata benda yang tak penting seperti tadi .

                                      +++++++++

“Saya nak awak tukarkan gaya girlfriend saya ni . Buat je apa yang patut , asalkan penampilan dia berubah” Kata Daniel pada seorang pekerja di kedai baju ini .

“Heyy ! Apa ni ? Kenapa nak ubah ?”

“Sebab saya nak girlfriend saya cantik . Bukan macam nerd ni”

“Tapi saya bukan girlfriend awak” Bisikku di telinga Daniel . Tidak mahu orang ramai dengar . Takut ada salah seorang pelajar U yang juga ada di tempat membeli belah itu .

“Soon” Kata Daniel sambil melemparkan senyuman padaku .

“What” Mataku dibulatkan sebulat-bulatnya . Dahi dikerutkan tanda tidak faham dengan kata-kata Daniel . Apa maksud dia ‘SOON’ dia nak aku jadi girlfriend dia ke suatu hari nanti ? Ahh . Mesti dia nak jalankan plan balas dendam dia je .

Pelbagai baju dan alat solek dikenakan . Tak tahulah macam mana rupa aku . Tiap kali pekerja itu cuba untuk menghias rambutku . Aku menghalang . Tidak selesa .

Aku hanya mengenakan baju t-shirt legan panjang berwarna putih dan seluar skinny warna hitam . Gaya rambut juga telah diubah dan kaca mata besar aku juga sudah tidak digunakan . Lagipun aku tak la rabun sangat . Setelah semuanya sudah siap . Perlahan-lahan aku membuka kain tirai itu .  

Daniel yang dari tadi bermain dengan Iphone telah pun mengalihkan muka ke atas dan matanya membulat .

“Kenapa ?”

“Tak ada apa-apa . Dah jum pergi” Matanya memadang tempat lain .

Kami melangkah keluar dari kedai baju itu .

                                                    +++++++++

Memandangkan dari tengahhari tadi kami belum makan . Kami masuk ke dalam sebuah restoran mewah di sekitar pusat membeli belah ini .

“May I take your order miss ?”Seorang pelayan lelaki yang muda itu menugur kami . Oh tunggu . Menegur Elisya sahaja . What the … Dia pandang Elisya pun macam tak pernah nampak orang .

“Baby .. Nak makan apa ?” Sengaja perkataan ‘baby’ itu ditekankan .

“Hmm . Saya ikut apa yang awak makan je lah”

“2 lamb chop and 2 Orange juice”

“Ok” Seteleh pelayan lelaki mengambil pesanan  dia berlalu pergi . Sempat lagi matanya dikenyitkan pada Elisya .

Geram pula aku . Geram ? Kenapa aku geram ? Aku tengah cemburu ke sekarang nih ? Oh takk ! 
                                                
                                             +++++++++


Dari tadi lagi mata Daniel tidak berhenti melilau ke arahku . Kenapa ? Orang kedai tu solek aku macam hantu ke ? Lantas aku menilik cara pemakainku sendiri .

Biasa je . Tiada apa yang menarik . Tapi Cuma kasut tumit tinggi ini membuatkan aku untuk susah berjalan .

“Daniel !”

“Ya ?”

“Awak kenapa ?”

“Mana ada apa-apa . Is something weird happened to me ?”

“Yeah .”

“Apa dia ?”

“Kenapa awak diam je ? Lepas tu dari tadi macam nak tak nak je pandang saya.”

Langkah kami terhenti .

“Awak cantik”
 
“What ?”

“Hmm . Nothing . Ignore about it .”

Aku hanya menangguk lemah . Dia demam ke apa ? Dah la pelik lepas tu bila tanya kenapa dia kata aku cantik ?

Aku melihat Daniel . Mata Daniel tertumpu pada sebuah mesin besar yang dalamnya dipenuh dengan anak patung . Tak akan lah .

“Jom” Kata Daniel sambil menarik tanganku .

“Awak reti main ke ?”

“Reti . Ni Daniel Hakim la . Budak pro .”

Menyampah aku dengar . Riak betul si Daniel ni !

“Saya nak warna coklat tu .”

“Tengok sahaja . Sekejap je saya boleh dapatkan untuk awak .”

                                                        ```````````

“Daniel ! Amik tu ! Amik tu ! Nak warna coklat ! Cepat la Daniel !”

“Diam boleh tak ?! Ingat senang ke main nih ?” Kata Daniel dengan nada sedikit menjerit .

“Tadi awak juga yang kata awak pandai main .”

“Tu tadi , Ini sekarang !” Marah Daniel . Sudah hampir empat kali Daniel mencuba permainan itu tetapi masih lagi tidak berjaya untuk mendapatkan anak patung yang berada di dalam mesin itu .

Aku hanya mendiamkan diri tidak mahu terus-terusan dimarah oleh Daniel . Perlahan-lahan aku duduk di bawah lantai . Penat dari tadi berdiri . Menyokong Daniel yang asyik kalah dari tadi . Tadi riak sangat . Bila kita sokong marah pula dia .

“Saya penat la .”

Daniel yang dari tadi terlalu fokus dengan mesin itu telah pun berhenti bermain .

“Jom.” Kata Daniel dengan lembut sambil menghulur tangan tanda menyuruh aku bangun . Tiba-tiba pula angin dia turun tadi bukan main marah sebab asyik kalah .

“Pergi mana ?”

“Ikut je”

Perlahan-lahan aku bangun dari duduk . Aku hanya akur dengan Daniel .

                                   +++++++++

“Sorry la pasal tadi . Stress tadi . Saya cuma nak dapatkan teddy bear untuk awak je .”

Aku tidak menunjukkan apa-apa respon kepada Daniel . Geram apabila aku dijerkah didepan orang ramai . Air milo kotak yang dibeli tadi oleh Daniel dihirup .

“Awak merajuk ke ? Please . Nanti saya beli teddy bear besar untuk awak .”

Kerusi taman itu aku duduk . Penat berjalan dari tadi . Daniel juga turut duduk disitu .

“Saya nak telefon bimbit awak .”

“Telefon bimbit saya ? Untuk apa ?”

“Bagi je “

“Nahh” Balas Daniel sambil menghulurkan Iphone .

Aku mencapai . Melihat kesemua mesej Daniel .

‘ I tahu Elisya tu fake je . Awak nak cari gf pun cari la yang lebih cantik kenapa perlu amik Elisya ? – Stalker’

‘ Sayang kenapa awak kapel dengan budak lurus bendul tu ? – Aina’

‘Biyy . Sampai hati youu ! - Izzah

‘ Baby esok kita keluar tau – Anis’

‘ You dah gila ke apa ? Kenapa you kapel dengan budak nerd tu ? – Sofea’

‘ I enjoy malam ni . Jumpe you esok tau honey ! – Amirah’

Dan macam-macam lagi mesej daripada perempuan yang ada di telefon bimbit Daniel ini .

“Saya nak awak delete mesej , gambar and number perempuan yang pernah jadi ex awak atau yang tak ada kaitan keluarga dengan awak .”

“Kenapa pula ?”

“Awak nak saya maafkan awak tak ?”

“Awak jealose ye ?” Senyuman senis dilemparkan .

“Saya kata buang , buang je la .”

“Kalau saya tak nak macam mana ?”

“Suka hati awak la . Saya nak balik . Bye”

“Heyy . Elisya ! Tunggu la dulu . Saya tanya je la….”

                                                +++++++++

“Elisya ! Ni kau ke ?” Tanya Atikah sambil memegang bahuku . Matanya tidak berhenti melilau ke arahku untuk memastikan aku Elisya .

“Kenapa ? Tak percaya . This is me , Elisya”

“Kenapa lain sangat ?”

“Daniel nak aku pakai macam ni . Dia tak nak aku jadi nerd .”

“Untungnya kau . Dah la jadi girlfriend Daniel . Tapi aku pelik la macam mana kau boleh jadi girlfriend dia lepas kejadian kau tampar dia tu ? Aku pelik betul . Dah banyak kali aku tanya kau . Kau asyik mengelak je dari soalan aku .”

“Sebenarnya….” Bibir bawahku di gigit . Nak bagi tahu ke tak ? Perlu ke bagi tahu ? Tapi Atikah kawan baik aku . Dia ada disaat susah ataupun senang . Semua rahsia dan masalah aku Atikah tahu . Tapi .

“Sebenarnya apa ?”

“Tak ada apa-apa la . Assingment yang prof bagi kau dah siap ?” Aku cuba menukar topik perbualan .

“Belum . Aku masih belum jumpa bahan la .”

“Oh . Bagus la macam tu aku baru je nak ajak kau pergi perpustakaan”

“Sorry la Elisya . Aku tak dapat pergi la . Aku ada kelas . Jumpa kau lain kali lah ye .”

“Oh ok . Tak apa .” Jawabku lembut . Senyuman manis terukir di dua ulas bibirku .

                                                 +++++++++

Selangkah demi selangkah aku berjalan mengelilingi rak buku ini untuk mencari buku yang sesuai .

“Ini pun !”

Lantas buku tersebut aku mencapai . Tak tahu kenapa buku ni melekat semacam dekat rak buku .

“Elisya ?”

“Izzat ?”

Masing-masing berpandagan dari celah-celah lubang rak buku .

“Tak apa la ambil la buku ni” Kata Izzat sambil melepaskan tangannya daripapa buku tersebut .

“Tak apa la . Awak ambil la . Lagipun awak yang peggang buku tu dulu kan ? Saya boleh baca lepas awak baca” Senyuman dilemparkan kepada Izzat .

“Apa kata kita kongsi nak tak ?” Cadang Izzat . Keningku terangkat . Tanda tidak faham . Kita ? Kongsi buku ?

“Ok” Aku hanya hanya menangguk tanda setuju  .  

                                                   `````````````

Bunyi gelak tawaku dengan Izzat semakin lama semakin kuat di perpustakaan ini sehingga ramai yang marah .

OMG . Are you serius ?”

“ Ya . Betul ! Dulu Daniel tu selekeh . Suka kesat hingus pakai baju .”

“Awak dengan Daniel memang dah kenal lama ke ?”

“Yep . Dari umur kami 5 tahun . Dulu masa Daniel kecil-kecil dia selalu kena marah dengan parent dia sebab suka kencing atas tilam dia”

Makin lama ketawaku makin kuat . Pelbagai perangai buruk Daniel yang Izzat bongkarkan .

“Haha . Kelakar betul . Ok dah la Izzat . Saya dah kena pergi ni .” Kataku sambil melihat jam tangan .

“Dah nak pergi dah ? Saya baru nak ajak awak pergi café . Temankan saya”

“Err . Boleh ke ?”

“Why not ? Jom lah .”

Aku hanya menangguk dan tersenyum .

                                                +++++++++

“Tadi aku nampak Elisya budak nerd tu . Sekarang dah cantik dah dia sejak dia jadi girlfriend Daniel .”

Ketika aku hendak meneruskan perjalan untuk pergi ke café . Perbualan dua orang perempuan itu menarik perhatianku . Cepat-cepat aku menyorok dibalik dinding . Tidak mahu dilihat mereka .

“Ye ke ?”

“Ye ! Lepas tuh kan tadi masa dekat perpustakaan dia rapat gila dengan si Izzat . Mesra lagi .”

“Ha ah . Tadi aku pun ada ternampak Izzat dengan sorang perempuan ni dekat café . Aku ingat siapalah tadi .”

“Kesian Daniel tuh . Punye perfect . Elisya main kayu tiga . Dah la Izzat tuh bff Daniel .”

Elisya dengan Izzat ? Sejak bila mereka rapat ? Wait kenapa aku rasa lain ? Aku cemburu ? Tak mungkin . Pelbagai soalan di benak fikiranku . Pantas aku pergi dari situ mencari kelibat Elisya .

                                           +++++++++

“Elisya !” Suara itu bergema di seluruh koridor .

“Daniel ? Kenapa ?”

“Tadi kau pergi mana ?” Tanya Daniel . Mukanya seperti tengah marah .

“Pergi perpustakaan .”

“Lepas tu ?”

“Pergi café .”

“Dengan siapa ?”

“Dengan kawan .”

“Lelaki ke perempuan ?”

“Kenapa awak ni ? Pangil saya tiba-tiba tanya macam-macam soalan .”

“Dengan Izzat kan ?” Soalanku dibalas dengan soalan .

“Apa masalah saya pergi dengan Izzat .”

“Masalahnya aku tak suka !”

“Jadi ? Awak nak suruh saya buat apa ? Lagipun dalam kontrak tu tak ada pun kata yang saya tak boleh rapat dengan mana-mana lelaki .”

“Tapi dalam kontrak tu tulis kau kena dengar arahan aku . Arahan aku jangan rapat dengan mana-mana lelaki selain aku . Okey ?”

“Perlu ke ada syarat macam tu ?”

“Perlu kod . Sebab aku boyfriend kau .”

“Tapi kita ….”

"Aku tak suka kau cakap kita fake couple ." Belum sempat aku menghabiskan ayat . Daniel sudah memotong .

“Jumpa kau esok . Pukul 3 petang ” Sambung Daniel lagi .

                                              +++++++++

Ok . Part ni disarankan dengar lagu ni ! Tekan 'SINI' Kalau habis bukak lagu tuh lagi sekali x) wkwk

Pukul 3 petang tepat Daniel sudah terpacak didepan rumahku . Daniel membawaku ke satu tempat . Tempat itu cantik . Suasananya dingin dan dipenuhi dengan rumput yang hijau .

“Kenapa kita datang ?”

Daniel diam . Daniel melabuhkan punggungnya di atas rumput hijau . Aku turut mengikut perbuatannya .

“Kenapa diam ? Bisu ke ?”

Kini posisi Daniel berubah dari duduk  di atas rumput hijau itu ke baring . Aku hairan dengan sikapnya .

Stalker  tu tak kacau saya dah .” Tiba-tiba Emir bersuara memecahkan susana sunyi diantara kami .

“Oh . Jadi tugas saya dah selesai lah ye ?”

“Hmm .”

“Jadi saya dah tak perlu jadi fake girlfriend awak ?”

“Ya”

“Saya tak perlu dengar arahan awak ?”

“Ya”

“Saya tak perlu rapat dengan awak dah ?”

“Tak”

“Tak ?”

Kini Daniel bangun . Posisi badannya menghadap aku . Mata kami berpandagan .

“Boleh tak kita mula balik semula ?”

“Maksud awak ?”

“Nak tak kalau awak jadi kekasih saya ? Sehidup semati ? Please .”

Dahi berkerut seribu . Tanda tidak faham .

Kotak cincin dikeluarkan dari poket seluarnya .

“Elisya Natasha . Sudi tak kalau awak jadi kekasih saya ? Saya nak awak jadi lebih dari kekasih . Saya nak awak sentiasa ada disisi saya . Please ? Saya tak main-main .”

“Daniel . Saya akan ganti baju awak tu . Saya minta maaf sebab tampar awak hari tu . Saya minta diri dulu .”

Kenapa dengan Daniel ni ? Nak balas dendam pun buat lah cara lain . Kenapa nak suruh aku jadi girlfriend dia untuk apa ? Untuk aku menangis sebab esok lusa aku akan ditinggalkan oleh dia ?

Ketika aku ingin berdiri . Tanganku ditarik Daniel . Menghalang aku pergi .

“Mula-mula memang niat saya nak balas dendam . Tapi makin lama . Saya tak boleh . Saya rasa lain bila awak ada dekat dengan saya . Saya nak awak jadi lebih dari fake girlfriend . Saya nak perhatian awak . Saya nak cinta awak . Beri peluang untuk saya ? Please sekali je .”

“Tapi…”

“Saya janji . Saya tak akan sia-siakan peluang yang awak beri .”

“Kenal . Daniel Hakim yang bajet hot dengan budak lelaki yang suka sakitkan hati perempuan tu kan ? Apa lah bodoh sangat perempuan yang nak jadi girlfriend
kau tu kan ?”

“Aku benci kau Daniel !”

“Sekali sekala . Apa salahnya saya ajak girlfriend saya pergi jalan-jalan .”

“Kalau satu hari nanti awak jadi real girlfriend saya pun tak mustahil bukan ?”

“Sebab saya nak girlfriend saya cantik . Bukan macam nerd ni”

“Tapi saya bukan girlfriend awak”

“Soon”

“Awak cantik”

“Perlu kod . Sebab aku boyfriend kau .”

"Aku tak suka kau cakap kita fake couple ."

Pelbagai perkara di benak fikiran . Fikiranku bercelaru . Pening .  Aku tak tahu . Sama ada . Ini mimpi atau realiti ? Ini Daniel Hakim ?

Ikhlaskah kata-kata Daniel itu ? Mataku ditutup serapat-rapatnya mengharapkan itu mimpi . Mimpi ngeri . Aku tak nak kenal dengan kau Daniel Hakim !

“Saya janji” Sambung Daniel lagi .

Tanpa disedari air mata jatuh . Tidak tahu apa yang dirasakan kini . Sedihkah aku ? Gembirakah aku ? Semuanya menjadi satu .

“Daniel .” Panggilku lembut .

“Ya ?”

I love you

Wajah Daniel dari sedih kini bertukar . Senyumanku dilemparkan pada Daniel . Hujung lengan bajuku menyeka air mata di pipi  .

Thank for give me one chance . I love you more Elisya Natasha .”

                                                       ````````````

“Elisya . Nahh teddy bear besar yang saya janjikan untuk awak pasal hal tu awak tak marah kan ?”

Aku melentokkan kepala di bahu Daniel .

“Awak dah buang semua yang saya suruh ?  Mesej , gambar dan nombor telefon ex awak , partner atau yang tak berkaitan ?”

“Dah . Cepat-cepat saya buang . Sebab takut awak cemburu .”

“Saya tak cemburu la !”

“Tipu ! Awak pun sama jangan rapat dengan mana-mana lelaki faham ?”

“Baik . Sayang .” Dihujung ayat bunyi gelak tawaku .  

“Awak perli saya ye ?” Tanya Daniel sambil mengeletek perutku .

Lantas aku berdiri dan berlari tidak mahu terus-terusan digeletek oleh Daniel dan Daniel mengejar .

Ok Ending dia kurengg ahh . Sorry T.T Btw thank baca . Sayang korang :* And panjang gilaaa citer nih -.-