m e m o r y
about stuffs chats home twitter instagram


What is life ?
Monday, 24 February 2014 | 22:51 | 0 comments



Aku habiskan weekend aku dengan baca novel . hell yah . boring gila . so aku ambil keputusan baik aku baca novel yang ibu beli . Mula mula aku ambil cerita 'Jangan Lupakan Aku' that was a simple novel to me . Adat lah cerita novel yang biasa biasa punya . Lepas aku habis baca . Aku nak baca yang lain .

Aku fokus dekat satu novel ni . Novel yang pada mulanya aku terpaksa beli sebab nak cepat dekat pesta buku . Novel yang pada mulanya bagi aku tak ada pengajaran tak ada banyak ciri ciri novel yang aku minat.

Terus terang aku cakap . Aku lebih suka baca novel yang banyak konflik pasal keluarga . tak tahu kenapa . lepas tu aku suka baca novel yang jenis sedih bebaur cinta . cerita yang macam kiranya dugaan berat menimpa seseorang . hahhahahha . aku memang kejam suka baca cerita cerita macam ni . Sebab tu aku suka buat cerita pasal ending dia hero / heroin mati . *heartless*

Pengarang dia Liza Nur . Kadang kadang aku terfikir lepas habis baca sampai aku stalk dia dekat google semua . Liza Nur ? dia tak lah terkenal mana . kadang kadang aku terfikir jugak . Liza Nur ni menulis dari segi kisah hidup dia atau imaginasi dia ? kebanyakan cerita dia berlatar belakangkan kisah sedih . 

Pabila Dia Tersenyum .

sumpah buku ni bagi aku rasa macam banyak pengajaran . Rasa macam lepas baca tu aku rasa bersyukur . Bersyukur dikurniakan hidup yang sederhana . tidak susah . 

Cerita dia nampak simple dari luar tapi bila baca . Aku rasa macam watak Elina tu lekat dekat diri aku . feeling habis lah kan . Waktu Elina usia 7 tahun dia kehilangan bapa sebab mak dia yang bunuh hanya kerana ikut jantan . Bila dia dah besar dia cari mak dia lepas tu dia hampir kena jual dgn bapa ayam iaitu ex mak dia sendiri . mak dia ni pun menyesal tapi mati kena bunuh . lepas satu , satu  orang yang dia sayang pergi .

Dia berjumpe pulak dengan Zuhayr hero yang selamatkan dia dari mati . Lelaki yang lebih muda dari dia . kacak , comel , bergaya . Tapi Zuhayr ni bukan orang senang sampai satu masa dia terpaksa jadi homeless . Zuhayr pun sama lepas satu satu orang yang dia sayang pergi . masa zuhayr jumpe elina dulu , elina selekeh tapi lepas elina belajar dkt uk 5 tahun selepas tu zuhary pulak selekeh dgn miskinnya sebab dia homeless . Diaorang ni suka sama suka tapi tak sempat nak luahkan . Lepas 5 tahun tu dorang berjumpa balik tapi Elina sekarang bukan elina yang dulu bagi Zuhayr . Elina sekarang dah bekerjaya . Bukan macam dia . Dia pun bukan Zuhayr yang dulu . Zuhayr yang selalu pandai bergaya , yang kacak . So dia rasa ego dia tercalarlah kan . Then dia bagi tahu Elina yang dia dah kahwin . Lagipun dia tak nak Elina tahu yang dia tengah hidup susah sekarang . Masing masing ego . 

Aku malas cerita banyak . Nak baca beli lah sendiri . loool . 

bestlahh sia . menangis nangis aku . rasa macam novel dia ni unik sikit tak macam novel yang lain . 

kahwin terpaksa > gaduh > cinta > ada orang ketiga > bahagia

pikat > kahwin > cinta > dugaan > baik semula > bahagia 

rasa macam ulang ulang benda sama pun boring jugak . cerita melayu macam tu je lah .